Di bawah syarikat Mikae Health and Beauty, Askma Oil mula mendapat tempat di hati ibubapa, dan mendapat beratus-ratus “positive feedback” dari pelanggan.
Pada tahun 2016 Askma Oil berubah wajah dan dikenali sebagai AO Waleet (Aromatherapy Oil) dan Mikae Health and Beauty menukar nama kepada Mikae Natural.
BACA KISAH INSPIRASI KAMIPRODUK YANG BERKAIT RAPAT DENGAN SUMBER SEMULAJADI
Mikae Natural telah menonjol dan sinonim dengan penggunaan bahan-bahan yang berasaskan bahan yang semulajadi dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, herba dan bunga-bunga yang mempunyai banyak khasiat dalam penjagaan kesihatan.
Bahan-bahan yang diadunkan dalam setiap produk kami amat menitik beratkan KEBERKESANAN, KESUCIAN, HALAL dan SELAMAT.
MISI & VISI
Menghasilkan produk traditional untuk penjagaan bayi terbaik di dunia.
Pada kami yang terbaik adalah bermaksud dari segi penggunaan yang selamat tanpa was-was, suci dari segi pemprosesan dan kandungan yang halal, produk yang diuji dengan teliti melalui gabungan sains dan rasa tanggungjawab oleh semua pihak.
Kami akan terus berdedikasi, dan terus belajar bagi memastikan kami mampu menghasilkan produk penjagaan terbaik untuk bayi kami.
Kami mengambil berat tentang aspek kesihatan keluarga dan dengan inilah kami akan terus komited dan sentiasa mencari solusi dalam slogan “apa yang terbaik bagi bayi?”.
Kami bangga dengan komitmen kami cukup tinggi untuk menghasilkan produk penjagaan bayi yang berkualiti tinggi dan kami hanya membuat produk yang sanggup kami gunakan untuk keluarga kami.
LIHAT PRODUK MIKAE NATURAL