Bagaimana MIKAE NATURAL bermula?

Kak Z bersama anaknya

Tertubuhnya MIKAE NATURAL

adalah dari pengalaman Kak Z pada Ramadhan 2015 yang lalu, anak Kak Z telah dimasukkan ke hospital kerana mukanya senget sebelah. Sebelum tu, anak Kak Z dah hampir 3 bulan lamanya selsema dan batuk berkahak sehingga keluar cecair seperti nanah di kedua-dua belah telinganya.

Keadaan itu berlarutan selama 2 minggu dan sehinggalah pada hari Kak Z perasan muka dia senget sebelah. Hanya mulut, mata sebelah sahaja yang berfungsi, manakala sebelah lagi tiada reaksi. Kami suami isteri membuat keputusan untuk meminta nasihat dan rawatan dari doctor pakar ENT, dan  mereka mengkelaskan anak Kak Z ini sebagai 7 NERVES BELL PALSY yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada saraf mukanya. Dinyatakan bahawa salah satu sebab ialah apabila mengalami tekak berkahak dan selsema dalam jangka masa yang lama, kuman dari kahak menyebabkan gegendang telinga anak Kak Z bocor, lalu berlaku serangan kuman sehingga ke sarafnya.

 

Mata perlu ditutup

disebabkan mata tidak tertutup rapat

Alhamdulillah.

Setelah beberapa bulan, anak Kak Z telah sihat sepenuhnya dsetelah menjalani fisioterapi sesi dari pihak hospital. Oleh yang demikian, kami bertekad untuk mencari kaedah penyelesaian yang tidak terlalu kerap memberi ubat-ubatan dan boleh dipraktikkan secara semulajadi sahaja yang mana bukan sahaja baik untuk bayi, malah untuk orang dewasa juga. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah sapuan luaran bagi mengelakkan rawatan jenis minum/makan. Oleh sebab itu, kami memilih kaedah untuk sapuan luar sahaja.

Alhamdulillah.

Akhirnya, formulasi yang kami peroleh dari perawat tradisonal dan juga nasihat dari pihak perubatan, maka terhasilah sejenis minyak semulajadi yang berunsurkan EKSTRAK SARANG BURUNG WALIT serta beberapa bahan semulajadi yang lain iaitu dari unsur tumbuh-tumbuhan dan Kami namakannya AROMATHERAPY OIL WALEET (AO WALEET).

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang sentiasa menyokong kami dan tidak lupa juga kepada Leaders, Master Stokis, Stokis Dan Agent-Agent kami kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada produk MIKAE NATURAL.

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana memilih AO waleet salah satu produk dari MIKAE NATURAL sebagai asbab untuk kesembuhan.

InsyaAllah, kami akan berterusan menyampaikan dan berkongsi manfaat bersama pada ibubapa semua

DAPATKAN AO WALEET!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Hi, anda perlukan bantuan?